Saturday, September 26, 2009

Selamat Datang ke Hirudinaria Therapy!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Selamat datang Hirudinaria Therapy



Hirudinaria Therapy adalah sebuah syarikat bumiputra yang menyediakan perkhidmatan terapi lintah untuk merawat pelbagai penyakit. Selain dari itu, syarikat ini juga menghasilkan lintah klinikal.

Blog ini disediakan untuk menyalurkan maklumat dan informasi berkaitan industri terapi lintah bagi memberikan pendedahan kepada orang awam.



Apa itu Terapi Lintah? 


Terapi Lintah adalah satu kaedah bekam menggunakan Lintah sebagai alat untuk mengeluarkan darah atau toksik dalam tubuh manusia untuk merawat penyakit. Kaedah terapi lintah ini adalah merupakan satu kaedah tradisional dan semulajadi yang telah digunakan beribu-ribu tahun dahulu. 

Terapi Lintah adalah satu kaedah yang selamat dan yakni berkesan. Walaubagaimanapun, masyarakat perlu tahu dan di dididik mengenai pengetahuan mengenai lintah, risiko dan juga pengetahuan mengenai pengendalian risiko semasa rawatan.



Apa itu Lintah Klinikal?



Lintah klinikal adalah lintah yang telah dibersihkan dan dinyahkan dari bakteria dengan melalui satu proses yang telah dicipta khas sebelum digunakan ke atas tubuh manusia. Ini penting kerana ingin mengelakkan jangkitan atau kemudaratan sekiranya bakteria menjangkiti melalui saluran darah atau luka yang terbuka.