Tuesday, October 13, 2009

Promosi Terapi Lintah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Hirudinaria Therapy, berbesar hati menjemput pihak tuan / puan ke booth pameran kami di Universiti Malaya :-

Aktiviti : Expo FEMINA

Lokasi : Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tarikh : 12hb (Isnin) sehingga 17hb (Sabtu) Oktober, 2009

Masa : 10 pagi sehingga 5 petang

Untuk pengetahuan tuan/puan, syarikat kami berkerjasama dengan Universiti Malaya melalui Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) untuk membangunkan program Terapi Lintah (Leech Therapy).

Terapi lintah adalah satu kedah rawatan yang selamat, amat berkesan dan tidak menyakitkan. Lintah telah digunakan di dalam merawat pelbagai penyakit sejak 3,500 tahun dahulu dan kini lintah telah kembali membantu perubatan moden di hospital. Di antara rawatan penyakit yang amat berkesan menggunakan lintah adalah gout, arthritis, pembedahan mikro, pemulihan tisu, penyakit kulit, tekanan, resdung, bengkak, kecederaan sukan dan banyak lagi.

Dengan kerjasama ini, pihak syarikat kami telah berjaya menghasilkan lintah klinikal iaitu lintah yang bebas dari bakteria melalui proses Leech Aqua Depuration SPA (LEADS). Kami juga merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan prosedur rawatan secara klinikal dan penggunaan bio-gel untuk tujuan logistik. Kami mengutamakan kaedah dan penggunaan lintah yang bersih (hygienic) dan menjalankan pelbagai kajian bersama dengan Universiti Malaya.

Di pameran ini , kami menyediakan pelbagai maklumat mengenai terapi lintah, memahami risiko terapi lintah, promosi harga runtuh rawatan terapi di tapak pameran, peluang kerjasama perniagaan bersama pusat rawatan alternatif, peluang perniagaan pusat rawatan terapi lintah, peluang perniagaan mobile therapy, khidmat rundingan percuma, pendaftaran rawatan rumah ke rumah dan jualan lintah klinikal untuk tujuan kegunaan produk dan rawatan.

Sepanjang expo ini, kami menawarkan potongan harga rawatan terapi RM50 per sesi sahaja. Rawatan selepas waktu pejabat juga disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak kami di 012-327 3742 atau email hirudinariatherapy@gmail.com

Kami nantikan kehadiran tuan / puan di sana bersama-sama memeriahkan expo ini.