Saturday, July 24, 2010

KENAPA LINTAH EPISOD 1


KENAPA LINTAH EPISOD 1
Sepertimana yang telah di janjikan..sebab kenapa terapi lintah….
KES DAH LAMA….
Ini berdasarkan kes sebenar aku sendiri…aku dah menghidap resdung yang agak kritikal sekian lama..seingat aku dari sekolah menengah lagi..lebih kurang 19 tahun yang lalu. Resdung aku bermula dengan kes jerawat yang teruk di muka, tengkuk dan badan. Kekadang malu dengan kawan-kawan, keadaan diri aku. Terutama bila nak buka baju. So aku adalah seorang jer lelaki dalam kawan-kawan yang tak pernah buka baju! Aku rasa aku ni macam the beast pun ada…

KEADAAN MAKIN TERUK….
Keadaan resdung aku semakin lama makin teruk. Seolah-olah memakan diri aku sendiri. Paling ketara bila di zaman universiti..hidung selalu bersin dan selalu sakit bila nak menghembus dan menarik nafas. Nafas pun dah berbau..walaupun dah gosok gigi 10 kali sehari. Bukan jer kawan-kawan dah komplen..awek pun dah malas nak cakap dengan kita !!!...Masa itu aku tak sedar apa, apabila tulang hidung makin bengkok, baru aku sedar ulat resdung dah makan tulang hidung..Aduhhh…dah terlambat!! Selama ni aku tak pernah nak ambil serius untuk menyelesaikan masalah resdung ni..sambil lewa jer!!

BARU  NAK MENGELEBAH…
Bila dah kena kesan yang teruk, baru aku nak try amik pendekatan untuk menyelesaikan masalah resdung ni…amik ubat sana sini, cakap sahaja ubat jenis ape…mesti aku beli…kalau nak kira dah beribu hinggit abis! Jumpa doctor suruh operate pulak!..lagi aku pantang kes bedah-bedah ni…nanti ada effect lain pulak. Teringat kisah member masa bujang dulu, pergi operate bawa keluar tulang-tulang yang dah di makam ulat ni..abis RM5 ribu!!...pastuh resdung datang balik!! Masa dah tunang, bakal bapak mentua bawa pergi Layang-Layang, Johor jumpa satu wak..guna lipas keluarkan ulat. Pun dah try, tapi ulat datang balik, takde improvement yang nyata. Guna lilin resdung pun pernah..abis putih hidung aku..memang diakui ulat-ulat resdung tu keluar…tapi kes tak juga selesai..

KENAPA TAK TRY….
Masa roadhow pertama di Port Dckson, ini semasa aku baru mula dengan perniagaan terapi lintah ni, aku selalu baca di internet di India mengenai kebaikan terapi lintah dengan resdung, Disana ramai yang menggunakan terapi lintah untuk menyelesaikan masalah resdung atau sinus setelah gagal mencari penyelesaian dengan kaedah lain.. so sebelum memulakan roadshow, aku meminta partner aku untuk melakukan terapi lintah ke atas aku dahulu sebelum pelanggan lain. So kira aku jadi pelanggan yang pertama. Lagi satu sebab, takkan aku nak syorkan kepada pelanggan tapi aku sebenarnya tak pernah try!!  Jadi aku sahut cabaran tu, let me experience it first!!!

BARU AKU TAHU….
Sebenarnya pada mulanya aku agak mengelebah juga sebab ada takut terutama tentang kesakitan apabila digigit..pesal geli tu takde sangat, sebab dah biasa pegang lintah masa buat penternakan dan trading lintah. Oleh kerana yakin dengan pengalaman partner aku dah melibatkan diri sekian lama dalam bidang terapi lintah ni..aku buat confident sahaja.  Masa lintah pertama lekat di muka aku…aku ada rasa sedikit sakit macam gigitan nyamuk..eMmm takde ler sakit sangat..lepas tu..sakit itu hilang sebaik sahaja lintah itu menyedut darah..masuk lintah keempat aku dah stabil, malah rasa relax. Mungkin sebab kesan dari hirudin (air liur lintah) yang mempunyai elemen bius (antistatic) semulajadi…Proses menyedut darah dari muka aku tu mengambil masa yang agak lama juga…seingat aku dalam masa 2 jam.

AMIK KO…
Terkejut aku, selepas lintah kesemua jatuh dan muka aku dah di dressing dengan sempurna, bau busuk dari hidung aku..terus hilang..sungguh ajaib!! Tak pernah seumur hidup rawatan yang kesan begitu efektif. Kerana terlalu seronok dengan kesan tu, aku beria-ria explain dengan pelanggan mengenai kebaikan terapi lintah untuk rawatan resdung di booth..dengan muka berbalut dengan dressing, aku berjaya menyakinkan ramai orang untuk mencuba rawatan resdung dengan lintah..Berbeza sungguh kalau kita pernah buat sendiri!! Balik dari Port Dickson aku berbangga dapat tolong orang ramai yang mempunyai masalah resdung!! Yahoo!!..