Saturday, March 27, 2010
Tuesday, March 16, 2010
Tuesday, March 2, 2010
Sejarah Lintah Dunia
Lintah sebenarnya adalah bukan industri yang baru di dunia ini. Sejarah industri lintah telah di kesan sejak 3,500 tahun dahulu dimana ianya digunakan di dalam perubatan untuk merawat pelbagai penyakit. Pada masa itu, rawatan menggunakan lintah adalah perubatan yang utama. Ini telah dikesan di dalam catatan perubatan islam, yunani dan juga ayurvedic.
Tokoh perubatan islam tersohor, Ibnu Sina telah menggunakan lintah di dalam merawat penyakit kulit. Malah di dalam catatan beliau ada menekankan bahawa berbekam dengan menggunakan lintah adalah lebih baik dari menggunakan bekam cawan.
Lintah juga ada di petik di dalam kisah Nabi Ayub A.S :-
“..dan sesungguhnya Nabi Ayub a.s. merasa susah sekiranya hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu bertafakur dan berzikir kepada Allah S.W.T. Kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakur dan berzikir kepadaNya. Lalu Allah menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayub a.s. Maka yang satu jatuh di air, “kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor)”, dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia..”
Pada abad ke 18, lintah telah pupus Oleh kerana, lintah telah di gunakan secara meluas dan merebak ke dunia barat, lintah telah pupus pada abad ke 18. Walaubagaimanapun ianya kembali popular apabila pada tahun 1976 sebuah hospital di Amerika Syarikat telah menggunakan lintah di dalam satu pembedahan. Manakala pada tahun 1985, sebuah hospital di Boston telah menggunakan lintah di dalam penyambungan tisu seorang kanak-kanak.
Sejak dari titik tolak tersebut, lintah telah kembali di gunakan secara meluas di dalam perubatan moden dan juga di hospital. Malah, lintah juga berupaya membantu perubatan moden untuk terutama di dalam pembedahan, pemulihan tisu dan tempat-tempat yang sukar untuk di rawat.
Oleh kerana, rawatan menggunakan lintah amat efektif, Food and Drugs Association (FDA) telah meluluskan lintah sebagai peralatan perubatan pada tahun 2004. Kini lintah telah digunakan secara meluas di hospital-hospital di seluruh dunia.
Di antara negara-negara pemain utama industri lintah ini adalah United Kingdom, Amerika Syarikat, Rusia, China, Thailand, Lithuania, Turki dan German.