Cawangan Leech Miracle @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur secara rasmi telah dibuka pada hari ini, Isnin, 1 Mac, 2010. Setelah 2 minggu, bertungkus-lumus mengubahsuai kedai, team HTG dan SIFE UM berjaya menyiapkan kedai sehari sebelum dibuka.
Bersyukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, kami berjaya mengorak satu lagi langkah ke hadapan...
Serba sedikit mengenai projek Leech Miracle. Leech Miracle adalah sebuah projek lintah klinikal yang dibangunkan bersama di antara Hirudinaria Therapy, SIFE UM dan PUSMAL Universiti Malaya. Salah satu tujuan projek ini adalah untuk membangunkan industri lintah Malaysia, membantu industri penternakan lintah dan juga mengembalikan rawatan semulajadi melalui terapi lintah di dalam dunia perubatan.
Walaupun kedai yang kecil, kami yakin dapat memberikan manafaat terapi lintah kepada manusia sejagat dan ini adalah merupakan cawangan yang pertama..dan yang lain akan bakal menyusul..Insya Allah..
Terima kasih tidak terhingga kepada para pelanggan yang selama ini telah menyokong usaha kami. Kedai ini adalah juga untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan yang semakin ramai telah mendapat manafaat perubatan melalui terapi lintah ini.
Menyingkap kepada sejarah projek ini. Projek ini telah dimulakan pada awal tahun 2009 dan penampilan pertama terapi lintah klinikal ini adalah di Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Pengajian Tinggi di PWTC pada bulan Mei 2009, yang mana telah mendapat sambutan hangat. Team HTG pada masa itu adalah syarikat yang pertama dalam Malaysia memperkenalkan innovasi terbaru dalam industri lintah iaitu memperkenalkan terapi lintah klinikal, menggunakan lintah klinikal dan juga telah menggunakan biogel sebagai pengganti air untuk simpanan lintah.